Di Mana Etika Kewartawanan Petugas Media Di Media Arus Perdana?

Di Mana Etika Kewartawanan Petugas Media Di Media Arus Perdana?

Di Mana Etika Kewartawanan Petugas Media Di Media Arus Perdana?

Ekoran dari artikel yang bertajuk EKSKLUSIF: Menteri buat ‘kecoh’ di KLIA tuntut pelawat China ditahan imigresen dibebaskan yang disiarkan oleh BEBASnews, satu negara kecoh.

Mungkin sekiranya hanya BEBASnews yang menyiarkan artikel tersebut, ianya tidak akan mendapat perhatian.



Tetapi apabila beberapa media arus perdana seperti Malaysia Gazette, Sinar Harian, dan Harian Metro membuat liputan yang sama, ianya pasti menarik perhatian ramai.

Menjadi kelaziman, portal-portal kecil akan memetik apa yang dilaporkan oleh media arus perdana.

Ini adalah kerana media arus perdana mempunyai SOP yang ketat untuk memastikah kesahihan berita sebelum ianya disiarkan.

Media arus perdana mempunyai akses untuk menentukan kesahihan berita.



Terutamanya yang melibatkan pihak berkuasa.

Sangat menghairankan bila media arus perdana dilihat menyebarkan maklumat dari portal kecil.

Tanpa mendapatkan penjelasan dan pengesahan dari kedua-dua pihak yang terlibat, berita ini disebarkan dengan begitu meluas.

Berita yang berkaitan dengan pihak eksekutif, pihak penguatkuasa di pintu masuk negara, sudah pasti ada implikasinya kepada negara.



Di mana etika kewartawanan petugas media hari ini.

Isu Rasuah Di Pintu Masuk Negara

Isu jenayah rasuah di pintu masuk negara bukanlah isu baharu atau isu yang terpencil.

Begitu juga isu jenayah rasuah di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bukanlah isu yang terpencil.

Malah JIM pernah disenaraikan antara badan penguatkuasa yang paling banyak menerima aduan aktiviti jenayah rasuah.



Dalam kajian yang bertajuk Penglibatan Rasuah Di Kalangan Agensi Penguatkuasaan, JIM disenaraikan di tangga kedua di belakang PDRM.

Sekiranya maklumat dan fakta yang disampaikan adalah tepat, maka pendedahan sebegini patut didedahkan supaya tindakan tegas boleh diambil.

Tetapi bagaimana sekiranya maklumat dan fakta yang disampaikan tidak tepat atau lebih buruk lagi sekiranya tidak benar?

Ianya akan memberikan imej yang sangat buruk kepada negara.



Dan dalam isu ini, ianya akan menjejaskan industri pelancongan negara.

Nilai matawang Ringgit semakin hari semakin menyusut dan kini berada di paras yang paling lemah.

Kemasukan pelancong asing ke dalam negara akan membantu mengukuhkan kembali nilai Ringgit.

Pelancong akan menjual matawang negara mereka dan membeli Ringgit untuk perbelanjaan mereka sepanjang berada di Malaysia.



Bukankah ini akan mengukuhkan kembali nilai matawang negara?

Tetapi apabila tersebar berita berlakunya aktiviti jenayah rasuah oleh pihak berkuasa di pintu masuk negara, sudah pasti ianya akan menjejaskan industri pelancongan.

Lebih lagi apabila ada usaha dari pihak eksekutif untuk membenteras aktiviti jenayah rasuah, media menggambarkan seolah mendapat kecaman.

Kesannya bukan sahaja pelancong asing tidak mahu berkunjung, malah pelabur asing juga akan ragu-ragu untuk membawa pelaburan.

Negara Boleh Hilang Pendapatan Yang Besar Kesan Dari Berita Yang Tidak Sahih Faktanya

Negara China bukanlah sebuah negara yang kecil dan mundur.

China kini sudah menjadi kuasa besar ekonomi dunia dengan penduduk seramai 1.4 bilion orang.

Dari sudut ekonomi, dalam industri pelancongan sahaja, pelancong China diunjurkan akan menyumbang sehingga RM4 bilion pendapatan kepada negara.

Sekiranya kerajaan China mengambil keputusan untuk menyenarai hitamkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan untuk rakyat China, siapakah yang akan bertanggungjawab?

Lebih malang lagi sekiranya isu ini sengaja dipolitikkan oleh pemegang saham media yang mempunyai hubungan baik dengan ahli politik tertentu!!!

 

Di Mana Etika Kewartawanan Petugas Media Di Media Arus Perdana?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button