Mahathir tidak bertanding PRN tapi parti proksi yang tanding.

Tun Mahathir baru sahaja umum beliau tidak akan bertanding di PRN akan datang beberapa hari yang lalu.

Namun mengenali Mahathir, beliau tidak akan duduk diam dan membiarkan peluang masuk campur dalam urusan politik lalu begitu sahaja.

Pasti sekali beliau akan ambil peluang menggangu kestabilan politik demi kepentingan peribadi nya pada tiap peluang yang ada.



Keputusan PRN tidak akan menguggat kedudukan di Putrajaya tapi keputusan PRN boleh dijadikan indek sokongan kepada kerajaan pimpinan Anwar.

Jika kerajaan Pakatan Harapan dapat ditewaskan dinegeri negeri sekurang kurang mesej bahawa PH tidak ada sokongan orang melayu boleh dimainkan.

Itu lah yang dimahukan oleh Mahathir dan Perikatan Nasional.



Mahathir nyatakan beliau tidak bertanding namun semua pihak tahu bahawa calon2 dari PAS dan Bersatu ada lah dikira sebagai proksi Mahathir.

Mahathir tahu jenama beliau busuk dan tidak diterima oleh orang melayu dan berkemungkinan hilang deposit jika bertanding maka pergunakan PAS dan Bersatu lebih selamat.

Jika PN menang Mahathir boleh tumpang kuasa dan jika kalah boleh lepas tanggung jawab

Itu cara Mahathir.



Semua pihak tahu Kedua PAS dan Bersatu sudah pun berada dibawah telunjuk Mahathir dibawah muslihat Proklamasi Melayu.

Kini tunggu dan lihat sahaja gelagat Mahathir nanti apabila keputusan PRN dimuktamad dan lihat betul atau tidak seperti yang ditulis ini.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button