BN dan PH diramal sukar raih sokongan Melayu Di Enam PRN jika Najib tidak dibebaskan

 

Media dan penganalisis politik diluar negara meramalkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sukar mmendapat sokongan orang Melayu untuk Enam PRN akan datang tanpa pembebasan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib RazaK.

Imej kerajaan pimpinan DSAI perlu dilihat sebagai didominasi oleh Melayu kerana disaat ini ia dilihat sebagai dipengaruhi pengundi bukan melayu.



 

Media antarabangsa juga menyatakan Enam PRN ini ada lah ujian pertama  kepada Anwar Ibrahim sendiri kerana kerajaan Perpaduan ditubuhkan bersama UMNIO dengan tidak direstui oleh majoriti orang Melayu.

Penulis Asia Times Nile Bowie juga berpendapat ia dikira satu risiko jika Anwar mnenghadapi PRN tanpa Najib dibebaskan kerana PH dikira sebagai gabungan berpaksi multi racial dan bukan berpaksi Melayu.

Kedudukan ini ada lah advantage kepada Perikatan Nasional kerana didominasi oleh dua parti berteras melayu.



Ini membantu PN kerana dari Enam negeri tiga dari nya ada lah kawasan Malay Hub dimana dipenuhi oleh pengundi melayu.

Sebelum laporan Asia Times melaporkan, beberapa penganalisis juga turut memberi pendapat yang sama.

Ada juga yang melaporkan DSNR sekadar boleh membantu tetapi bukan faktor sepenuh nya untuk membantu kempen PH kerana kawasan seperti Kelantan , Terengganu dan juga Kedah sudah menjadi lubuk kuat PAS dan sukar digugat.



Beberapa pihak juga berpendapat atas sebab PRN Enam negeri sekadar menukar kerajaan negeri maka DSAI sanggup hadapi tanpa faktor DSNR ada bersama.

Ini sebagai menguji kedudukan dan populariti Anwar sendiri.

Namun jika menerima kekalahan ia tetap satu kekalahan moral dan membawa impak imej gabungan PH tidak diterima oleh rakyat.

Maka , jika Anwar tidak membebaskan Najib lalu PH alami kekalahan teruk , maka Anwar tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri.



Di kala ini Ringgit merudum teruk dan Bursa saham alami kejatuhan indeks dan pelabur bawa banyak wang keluar , maka Anwar Ibrahim tentu sekali perlukan segala nya untuk meningkatkan prestasi kerajaan untuk membawa kemenangan kepada kerajaan Perpaduan.

Jika Anwar bertegas dengan pendirian nya , maka Anwar juga perlu ambil tanggungjawab sepenuh nya jika PH alami kekalahan pada Enam PRN.

 

 



 

 

 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button