Lelaki hilang ketika memukat ikan ditemui lemas dalam lombong

Lelaki hilang ketika memukat ikan ditemui lemas dalam lombong

Lelaki hilang ketika memukat ikan ditemui lemas dalam lombong
Lelaki ditemui lemas selepas dilaporkan hilang semalam dipercayai ketika memukat ikan di lombong berhampiran tapak perlupusan sampah. – Foto NSTP/Ihsan JBPM

BIDOR: Seorang lelaki ditemui lemas selepas dilaporkan hilang semalam di sebuah lombong berhampiran tapak perlupusan sampah dekat Jalan Pintas Bidor-Teluk Intan kira-kira jam 9.21pagi, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali M Krisnan, 45, dipercayai pergi ke lombong terbabit untuk memukat ikan sebelum dilaporkan hilang di lombong berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 1.33 tengahari, semalam.



Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor telah dikejarkan ke tempat kejadian terbabit.

“Hari ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) turut membabitkan seramai 29 anggota dan pegawai penyelamat termasuk 10 anggota polis dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar serta Unit Anjing Pengesan (K9).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Pencarian mangsa pagi ini bertumpu di kawasan ‘hot spot’ di mana jaring milik mangsa ditemui semalam dengan jarak kira-kira 30 meter dari tebing dengan menggunakan kaedah pusaran air

Sayani berkata, dua bot telah digunakan dan mangsa telah berjaya ditemui berdekatan tebing lombong terbabit selepas kaedah terbabit digunakan kira-kira jam 9.21 pagi tadi.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 10.00 pagi.

Lelaki hilang ketika memukat ikan ditemui lemas dalam lombong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading