Ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan, ini penjelasan Haqiem Stopa

Ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan, ini penjelasan Haqiem Stopa

Ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan, ini penjelasan Haqiem Stopa
Haqiem Stopa. – Foto ihsan Haqiem Stopa

KUALA LUMPUR: “Memang saya singgah tengok, tapi jadi penonton sahaja, bukan ikut berlumba,” kata pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa.

Haqiem, 23, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas salah faham segelintir warganet selepas tular berita dan gambar penahanannya dalam Op Samseng Jalanan pada malam Aidiladha di Jalan Pegawai,Alor Setar, Kedah.

Berikutan itu, Haqiem yang sebelum ini dipersoalkan kerana jolokan Ikon Permotoran, sekali lagi mendapat kecaman berikutan kegiatan haram itu.



“Kebetulan saya ada di situ, jadi pergi tengok dan duduk di tepi saja. Bagaimanapun, saya akui apa dilakukan itu pun satu kesalahan.

“Cuma mungkin jadi isu kerana saya Haqiem Stopa, nama yang orang kenal. Jika bukan sesiapa, pasti tak diperkatakan pun,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Haqiem, dia memberi kerjasama baik kepada polis selepas ditahan, termasuk dengan memberi keterangan sebelum dibebaskan.

“Cuma, perancangan balik beraya saja tergendala. Sepatutnya saya balik ke Kelantan malam berkenaan untuk menyambut Aidiladha dengan keluarga, tetapi terpaksa ditangguhkan.



“Emak dan ayah ada tanya saya apa yang berlaku. Saya sudah jelaskan kepada mereka perkara sebenar,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seramai 284 individu termasuk 10 remaja bawah umur ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malam Aidiladha di Jalan Pegawai di sini, malam kelmarin.

Ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan, ini penjelasan Haqiem Stopa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button