Bella Astillah Akui Trauma Dengan Kontroversi Yang Pernah Melanda Keluarganya
Takut Bahas Soal Penceraian
Bella Astillah Akui Trauma Dengan Kontroversi Yang Pernah Melanda Keluarganya
Masih lagi dalam episod keruntuhan rumah tangga dan bercerai-berai melibatkan beberapa kes yang berlaku di sekeliling kita sejak beberapa bulan lalu.
Kali ini bukan tentang artis, tetapi secara umum tentang perasaan takut yang diluahkan segelintir golongan terutama wanita apabila mereka takut berkahwin selepas melihat berlakunya banyak keruntuhan rumah tangga.
Bukan hanya takut pasangan dirampas penyondol, ada beberapa lagi perkara yang menjadi ketakutan buat kaum wanita, sudah pasti yang utamanya adalah pergaduhan yang akhirnya menemui titik penghujung iaitu penceraian.
Berbincang soal ini, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendakwa kontroversi melanda keluarga kecilnya sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.
Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, episod hitam itu mematangkan dirinya dan suami, Aliff Aziz.
“Tidak suka kontroversi kerana kadang-kadang ia di luar kawalan dan jangkaan saya.
“Apa yang terjadi mematangkan dan ada rasa takut. Saya sudah tidak mahu melalui episod patah hati yang memenatkan dan menyedihkan.
“Hidup ini cuma sekali, mahu gembira sahaja,” katanya dipetik daripada temuramah program hiburan popular TV3, Melodi.
Ternyata episod panas yang menghantuinya memberi impak besar kepada keluarga Bella. Lantas, dia berharap kontroversi seumpama itu tidak berulang kembali.
“Saya ada ramai keluarga yang perlu dijaga hati, mungkin mereka juga kurang senang dengan kontroversi yang kami lalui.
“Saya tiada niat untuk mencetuskan kontroversi itu. Secara jujurnya, saya tidak mahu ada kontroversi tidak baik. Tetapi kita cuma manusia biasa.
“Harapnya tidak ada lagi cerita kurang enak didengar sebab ia beri impak besar,” jelas pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu.
Ditanya mengenai hubungan bersama Aliff, Bella mengaku mereka baik-baik sahaja dan memilih privasi sebagai keutamaan.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Kami pilih untuk tidak terlalu berkongsi dalam media sosial.
“Saya nampak perubahan besar pada dirinya. Kami hanya tawakal dan berserah. Apa yang terjadi mematangkan suami.
“Ini tahun ketujuh kami berkahwin. Saya sebenarnya takut untuk bercakap mengenai isu bercerai sebab tidak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.
“Tawakal dan semoga Allah lindungi rumah tangga saya,” katanya
Bella Astillah Akui Trauma Dengan Kontroversi Yang Pernah Melanda Keluarganya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan PPBM Mempolitikkan Insiden Di KLIA
- UMNO gelap atau terang bukan lagi urusan Khairy .
- Mahathir paling tidak layak bicara tentang undang undang