Guru wanita rugi RM112,000 terjerat Scam

Guru wanita rugi RM112,000 terjerat Scam

Guru wanita rugi RM112,000 terjerat Scam

SIBU: Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM112,000 selepas terjerat dengan sindiket penipuan panggilan telefon.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pada awal Jun lalu, mangsa berusia lingkungan 20-an menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai John Jonathan dari pihak Pos Laju Kuala Lumpur dan memaklumkan terdapat barang milik mangsa yang belum dituntut untuk dihantar ke Miri.



Beliau berkata, mangsa seterusnya diberitahu isi kandungan barang pos berkenaan yang mengandungi kad pengenalan dan kad kredit, namun mangsa menafikan tentang urusan barang itu dan memaklumkan tiada membuat sebarang penghantaran barang seperti yang dimaklumkan kepadanya.

Katanya, suspek kemudian meminta mangsa membuat aduan dengan pihak polis sebelum talian disambungkan kepada seorang sarjan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dan Inspektor Syafiq, kononnya untuk membuat semakan dengan pihak Bukit Aman.

“Mangsa diberitahu namanya terbabit dalam kes penggubahan wang haram dan mangsa yang panik serta takut telah menuruti segala arahan suspek untuk tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa serta turut diarahkan untuk membuat pinjaman wang di bank,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Mohd Azman berkata, pada pertengahan Jun, mangsa membuat pinjaman sebanyak RM125,000 di sebuah bank di Sibu dan seterusnya diminta memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia di pautan yang diberikan serta mengisi maklumat peribadi, perbankan, login dan kata laluan.

Katanya, mangsa dimaklumkan pautan berkenaan perlu diisi untuk semakan status wang dalam akaun sama ada terbabit dalam kegiatan jenayah.

Mohd Azman berkata, selepas empat hari, mangsa kemudian diminta membuat pemindahan wang sebanyak RM3,000 kepada juruaudit bernama Muhammad Izzat Danial, kononnya untuk bayaran urusan keselamatan akaun.



Katanya, mangsa kemudian memasukkan wang ke satu akaun bank yang diberikan suspek, namun apabila menyemak wang dalam akaunnya, dia mendapati wang berkurangan sebanyak RM112,000.

“Semakan lanjut mendapati ada lima kali transaksi pindahan wang berlaku ke akaun bank atas nama individu yang tidak dikenali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian menyedari ditipu selepas gagal menghubungi Inspektor Syafiq dan talian turut disekat.

Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM112,000 selepas terjerat dengan sindiket penipuan panggilan



Guru wanita rugi RM112,000 terjerat Scam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading