Cubaan PPBM Mempolitikkan Insiden Di KLIA

Cubaan PPBM Mempolitikkan Insiden Di KLIA

Cubaan PPBM Mempolitikkan Insiden Di KLIA

Penulis terpanggil untuk mengulas kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PPBM, Ronald Kiandee, berhubung insiden di KLIA.

Menurut Ronald, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas menteri MOTAC, Tiong King Sing, yang beliau anggap menghalang tugas penjawat awam.

Ronald juga mendakwa tindakan Tiong King Sing adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.



Iaitu kesalahan menghalang seorang penjawat awam dari melaksanakan tugas.

Penulis melihat kenyataan Ronald hanyalah sebagai cubaan PPBM untuk mempolitikkan isu yang kini tidak sepatutnya dibincangkan lagi.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sudah memberikan jaminan bahawa siasatan secara rapi dan menyeluruh akan dilakukan.

Malah Anwar secara terbuka mengakui, ada segelintir penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) masih mengamalkan ‘sistem lama’ yang ada unsur rasuah.



Dalam isu yang sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak SPRM akan menyiasat semua pihak.

Jadi, adakah Ronald Kiandee meragui jaminan dan kenyataan yang diberikan oleh perdana menteri dan SPRM?

Kalau beliau tidak meraguinya, jelas bagi penulis, PPBM cuba menangguk di air yang keruh dengan mempolitikkan insiden tersebut.

Cukup-cukuplah berpolitik.



Yang paling penting, imej dan maruah negara mesti dipulihkan segera.

Kalau asyik berpolitik, sampai bila pun masalah tidak akan selesai.

Kenapa Tiada Kenyataan Yang Mempersoalkan Integriti JIM?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Agak menghairankan, sejak Bebasnews mengeluarkan artikel berkenaan insiden di KLIA, banyak perhatian tertumpu kepada serangan peribadi terhadap Tiong King Sing.

Penulis akui, karektor Tiong King Sing memang agak kasar, tetapi itu adalah keperibadian beliau.

Isu utama di dalam insiden ini adalah dakwaan amalan jenayah rasuah pegawai JIM di pintu masuk negara.

Mengapa tidak ada pihak yang mempersoalkan integriti pegawai JIM, terutamanya di pintu masuk negara?



Untuk rekod, JIM adalah agensi penguatkuasa yang berada di tangga kedua mempunyai laporan rasuah terhadap mereka.

Sudah ada ‘precedent’ di mana beberapa pegawai JIM, termasuk yang berpangkat Timb Pengarah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Pada November 2020, dalam Ops Selat, SPRM telah menahan 3 pegawai JIM berhubung pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.

Salah seorang yang ditahan berpangkat Timbalan Pengarah.



Tidak semua pegawai JIM tidak berintegriti, tetapi kita tidak boleh nafikan, ada di antara mereka yang sudah selesa dengan jenayah rasuah.

Sikap mengecam usaha Tiong King Sing untuk membongkar kegiatan mereka boleh dianggap sebagai sokongan terhadap aktiviti jenayah rasuah yang mereka lakukan.

Ini akan membuat kegiatan itu semakin berleluasa kerana mereka akan merasa diri mereka kebal dari undang-undang.

Mahukah kita melihat negara kita terus mendapat imej yang buruk kerana melindungi jenayah rasuah hanya kerana terpengaruh dengan pihak yang mempolitikkan isu tersebut?

 

Cubaan PPBM Mempolitikkan Insiden Di KLIA

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button