TFC balas dendam ke atas Kedah

TFC balas dendam ke atas Kedah

TFC balas dendam ke atas Kedah
Pemain Terengganu FC, Engku Muhammad Nur Shakir meraikan jaringannya pada perlawanan Liga Super menentan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. NSTP/GHAZALI KORI

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) berjaya membalas dendam kekalahan pada aksi pusingan pertama Liga Super selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi.

TFC yang meletakkan Adisak Kraisorn dan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob di posisi serangan dengan merehatkan Liridon Krasniqi terlebih dahulu mencemaskan pintu gol pelawat menerusi Adisak pada minit keenam yang sedikit tersasar.

Lima minit berselang, Adisak berjaya meledak gol pertama perlawanan hasil hantaran Muhammad Azam Azmi Murad, namun jaringan itu dibatalkan pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin kerana pemain kebangsaan Thailand itu terlebih dahulu dikesan berada dalam keadaan ofsaid.



Berbekalkan sokongan padu lebih 6,500 peminat setia, pemain meningkat naik, Engku Muhammad Nur Shakir melakukan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-16 yang gagal ditepis keluar penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim untuk meletakkan pasukannya di depan 1-0.

Pemain sayap, Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim harus menyalahkan diri sendiri apabila peluang terbuka pada minit ke-37 dilepaskan begitu sahaja apabila merembat ‘ke langit’ biarpun berpeluang menambah jaringan pasukannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :




Kedah yang kehilangan ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain akibat digantung berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi rembatan Mohammad Fayyad Zulkifli yang terkena tiang sekali gus terselamat pintu gol skuad Penyu yang dikawal Mohd Suhaimi Husin.

Pelawat yang terdesak untuk memburu gol penyamaan memasukkan lima tenaga baharu pada babak kedua, namun gagal menemui sentuhan jaringan.

Sebaliknya, Muhammad Alif Zakaria hampir menambah jaringan kedua pada minit ke-81, tetapi dapat dipatahkan pemain pelawat untuk keputusan kekal 1-0 memihak kepada TFC sekali gus luka tewas 1-0 pada aksi pusingan pertama terbalas.

TFC balas dendam ke atas Kedah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button