Atlet tidak sepatutnya ‘kantoi’ doping sebab makanan

Atlet tidak sepatutnya ‘kantoi’ doping sebab makanan

Atlet tidak sepatutnya ‘kantoi’ doping sebab makanan
HANNAH Yeoh (tengah) pada Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat Kementerian Belia dan Sukan bersama Adamas, Pegawai Kawalan Doping dan Pendidik Anti Doping di Putrajaya semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak lagi mahu mendengar ada atlet negara memberi alasan tidak mengetahui apa dimakan selepas ‘kantoi’ ujian doping.

Tegas Hannah, mereka perlu bertanggungjawab dengan setiap bahan yang memasuki tubuh dan perlu merujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) serta pihak berkenaan.

“Atlet tidak boleh bagi alasan tak tahu apa mereka makan. ­Adamas (Agensi Anti-Doping Malaysia), MSN (Majlis Sukan negara) sudah buat berbagai perkara untuk bendung isu ini.



“Jadi, saya minta kerjasama semua persatuan sukan, jurulatih dan ibu bapa serta atlet itu sendiri untuk ambil perhatian tentang makanan yang diambil,” kata Hannah.

Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Akuan Soko­ngan Kod Sukan Selamat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Adamas, Pegawai Kawalan Doping (DCO) dan Pendidik Anti Doping (Educator) di Putrajaya.

Tahun lalu, isu doping mencemari Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur, diikuti satu lagi kes pada Kejohanan Olahraga Kebangsaan, Mei lalu.

Pada Kejohanan Olahraga Kebangsaan, atlet wanita berusia 20-an positif sibutramine, yang biasanya terdapat dalam ubat untuk menguruskan badan.



Menurut Hannah, selain pemakanan ubat diet, beliau bimbang dengan atlet kebangsaan yang membeli makanan dari luar seperti restoran.

“Saya kadang-kadang mengikuti kemaskini status atlet di media sosial, dan mereka membuat hantaran gambar makanan yang mereka beli semua itu.

“Saya bimbang mereka tak jaga pemakanan, jadi kita kena perketat dan perkasakan ke­sedaran,” katanya.

Atlet tidak sepatutnya ‘kantoi’ doping sebab makanan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button