5 warga Myanmar direman kes mayat dijumpai di kebun buah naga

5 warga Myanmar direman kes mayat dijumpai di kebun buah naga

5 warga Myanmar direman kes mayat dijumpai di kebun buah naga

PORT DICKSON: Lima lelaki warga Myanmar direman selama tujuh hari hingga 26 Februari ini berhubung kes seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan dan kakinya diikat tali di sebuah kebun buah naga di Tanah Merah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata kelima-lima suspek berusia 19 hingga 49 tahun itu direman mulai hari ini, selepas permohonan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.



Beliau berkata, empat daripada suspek berkenaan diberkas kira-kira jam 11.40 pagi semalam, diikuti seorang lagi lelaki ditahan pada jam 11.15 malam oleh pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, seorang lelaki berusia 44 tahun dipercayai pemilik kebun buah naga, ditemukan maut dalam keadaan tertiarap dan hanya memakai seluar berwarna hitam, manakala kedua-dua belah tangan serta kaki diikat dengan tali.

Susulan itu, lima suspek ditangkap dan polis percaya berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh kurang 24 jam.



Mayat lelaki ditemui di kebun buah naga dipercayai dibunuh

 

5 warga Myanmar direman kes mayat dijumpai di kebun buah naga



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button