Kounde pakai rantai leher ketika menentang Poland

DOHA: Pemain pertahanan Perancis, Jules Kounde menjadi trending di media sosial selepas dia memulakan perlawanan pusingan 16 Piala Dunia menentang Poland awal pagi tadi dengan memakai rantai emas di lehernya, sesuatu yang dilarang.

Mengikut peraturan nombor 4 peraturan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB): “Pemain tidak boleh memakai peralatan atau objek berbahaya. Semua jenis aksesori perhiasan adalah dilarang”.

Kounde yang juga pemain Barcelona, yang memulakan perlawanan di pertahanan kanan memakai rantai sepanjang tempoh separuh masa pertama tanpa disedari oleh pengadil Venezuela, Jesus Valenzuela mahupun penolong pengadil.



Bagaimanapun, pada minit ke-42 ketika pemain Perancis itu mahu melakukan lontaran ke dalam, penolong pengadil menyedari barang kemas itu dan meminta Kounde menanggalkannya, sesuatu yang sudah lama tidak dilihat di tengah padang.

Perlu diingat jika Kounde enggan menanggalkan rantai itu atau jika dia memakainya sebaik saja menerima amaran pengadil, dia akan dilayangkan kad kuning.

AGENSI




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading