Lewandowski belum tentukan masa depan bersama Poland

DOHA: Kapten Poland, Robert Lewandowski enggan mengesahkan sama ada dia bermain perlawanan terakhirnya di Piala Dunia selepas tersingkir daripada kejohanan di Qatar susulan kekalahan 3-1 di tangan Perancis pada peringkat 16 terakhir.

Penyerang Barcelona itu menjaringkan gol saguhati pada lewat permainan menerusi sepakan penalti buat Poland yang tewas dengan serangan menakutkan daripada Perancis di Doha.

Lewandowski bakal berusia hampir 38 tahun pada Piala Dunia akan datang di Amerika Utara pada 2026, namun menjelaskan bahawa isu mengenai keadaan fizikalnya berkemungkinan boleh menyaksikan dia menamatkan kerjaya antarabangsa.



“Secara fizikal saya tidak takut dengan perkara ini tetapi kami mempunyai banyak perkara berbeza di luar bola sepak, sama ada anda masih gembira dan apa yang berlaku di sekeliling sukar untuk diungkapkan sekarang,” kata bekas penyerang Bayern Munich itu.

“Dari segi sukan saya tidak takut tetapi ada perkara berbeza yang sama sekali boleh menentukan sama ada ia akan menjadi yang terakhir atau tidak.”

Lewandowski menikmati kerjaya prolifik bersama kelab dan negara, tetapi tidak pernah menjaringkan gol di Piala Dunia sehingga dia meledak jaringan ketika mengatasi Arab Saudi di peringkat kumpulan.

Malah, dia terlepas sepakan penalti semasa terikat tanpa jaringan pada aksi pembukaan berdepan Mexico.



Walaupun Poland tersingkir, dia menegaskan bahawa ia adalah penampilan yang berjaya selepas mereka lolos dari peringkat kumpulan di Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986.

AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading