Pembantu rumah diugut hantar pulang tikam ibu mentua majikan

Pembantu rumah diugut hantar pulang tikam ibu mentua majikan

Pembantu rumah diugut hantar pulang tikam ibu mentua majikan
Wanita 70 tahun itu ditikam selepas mengugut pembantu rumahnya. – TNP

SINGAPURA – Seorang pembantu rumah warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas dia didapati bersalah menikam ibu mentua majikannya sebanyak 26 kali pada 2018, lapor laman berita Mothership semalam.

Zin Mar Nwe, menikam wanita berusia 70 tahun itu selepas mangsa mengugut untuk menghantarnya kembali kepada kepada ejen pembantu rumah.

Walaupun umur Mar Nwe pada pasportnya ditulis berusia 23 tahun ketika dia tiba di Singapura pada 2018, ujian imbasan sinar X bone age mendapati dia berusia 17 tahun ketika jenayah tersebut berlaku.



Siasatan mendedahkan bahawa ejennya telah mengarahkan Mar Nwe untuk mengisytiharkan umurnya sebagai 23 tahun.

Memandangkan umurnya di bawah 18 tahun semasa kesalahan itu dilakukan, hukuman yang boleh dijatuhkan hanyalah penjara seumur hidup, dan bukannya hukuman mati.

Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan telah memukul Mar Nwe dan mengugut mahu menghantarnya kepada ejen keesokan hari.

Dia ditahan ketika mengunjungi agensi pembantu rumah untuk mendapatkan pasport miliknya. – Agensi



Pembantu rumah diugut hantar pulang tikam ibu mentua majikan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button