Berhutang demi Blackpink, Coldplay

Berhutang demi Blackpink, Coldplay

Berhutang demi Blackpink, Coldplay
VOKALIS Coldplay, Chris Martin ketika mengadakan konsert di Copenhagen, Denmark, pada 5 Julai lalu. FOTO Reuters

Jakarta: Penganjuran konsert muzik pasca-Covid-19, daripada Coldplay hingga Blackpink, mendorong lebih ramai rakyat Indonesia terjebak kepada pinjaman teknologi kewangan untuk mendapatkan wang segera, lapor Bloomberg.

Pinjaman terkumpul daripada platform digital itu mencecah 51.5 trilion rupiah (kira-kira RM15.9 bilion) pada Mei.

Angka itu meningkat 28 peratus daripada setahun lalu, menurut Penguasa Perkhidmatan Kewangan, atau OJK.



Kini, pengawal selia memberi amaran kepada peminjam supaya berhati-hati dan tidak meminjam melebihi kemampuan mereka.

“Kebanyakan mereka yang mengalami kesukaran membayar pinjaman biasanya meminjam untuk keperluan pengguna, contohnya, membeli gajet baharu, rekreasi, fesyen, malah baru-baru ini untuk membeli tiket konsert,” kata Pesuruhjaya OJK Friderica Widyasari Dewi dalam taklimat pada Selasa lalu.

Penembusan telefon pintar mengatasi pertumbuhan akses perbankan dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara itu, membolehkan perkhidmatan kewangan berasaskan internet berkembang pesat sebagai alternatif kepada pemberi pinjaman konvensional untuk membantu perniagaan kecil mendapatkan dana untuk berkembang.

Bagaimanapun, lebih separuh daripada pinjaman terkumpul masih tertumpu di Jakarta dan Jawa Barat yang terletak berdekatan.



Hanya kira-kira 40 peratus daripada dana itu disalurkan kepada perniagaan kecil.

Nisbah kredit pinjaman dalam talian yang tidak dibayar oleh peminjam selama lebih daripada 90 hari dari tarikh matang meningkat kepada 3.36 peratus pada Mei, daripada 2.78 peratus pada akhir tahun lalu.

Jumlah itu masih di bawah ambang lima peratus yang ditetapkan oleh pengawal selia.

“Kami terus menasihati orang ramai supaya memahami risiko pinjaman dalam talian, terutamanya bahaya platform mudah alih teknologi kewangan (fintech) haram,” kata Dewi.



Berhutang demi Blackpink, Coldplay


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading