14 maut dalam runtuhan bangunan di Brazil

14 maut dalam runtuhan bangunan di Brazil

14 maut dalam runtuhan bangunan di Brazil
Anggota penyelamat mencari mangsa di sebalik runtuhan bangunan di Paulista, negeri Pernambuco, kelmarin. – AFP

BRASILIA, BRAZIL – Seramai 14 orang terbunuh dalam runtuhan sebuah bangunan yang didiami secara haram di timur laut Brazil, kata pihak berkuasa semalam, ketika menyimpulkan angka kematian.

Sebelum itu, sebanyak 11 kematian diumumkan, namun anggota bomba yang meneruskan operasi dan menyelamat kemudian menemui mayat seorang wanita serta dua kanak-kanak di sebalik sisa runtuhan bangunan di bandar Paulista itu.

“Antara yang maut termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 45 tahun,” kata kenyataan Perkhidmatan Pertahanan Awam Negeri Pernambuco.

Selain itu, tiga mangsa termasuk seorang warga emas berusia 65 tahun dan dua remaja berjaya diselamatkan dalam runtuhan yang berlaku kelmarin.

Bangunan tiga tingkat itu yang bersambung dengan sebuah kompleks perumahan lebih besar, telah ditutup pada 2010 berikutan risiko berlakunya runtuhan.

Namun, ia didiami secara haram sejak itu, demikian menurut pihak berkuasa. – AFP

14 maut dalam runtuhan bangunan di Brazil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker