Dua maut, tiga parah dalam nahas babitkan bas dan kereta
Dua maut, tiga parah dalam nahas babitkan bas dan kereta
SEREMBAN: Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.5, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), awal pagi ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Kanan Bomba II Shahrudin Mohd Din, berkata setakat ini pihaknya mendapat maklumat terdapat 22 mangsa terbabit dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu.
Katanya, mangsa yang meninggal dunia adalah seorang lelaki iaitu pemandu bas dan penumpang seorang wanita Indonesia manakala dua mangsa yang menaiki kereta selamat.
“Kemalangan berlaku membabitkan sebuah bas pelancong (La Holiday) dari Singapura ke Kuala Lumpur dengan sebuah kereta Proton Wira, punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Shahrudin berkata, mangsa yang lain belum dikenal pasti kerana sudah dibawa ke hospital dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.– BERNAMA
Dua maut, tiga parah dalam nahas babitkan bas dan kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelupusan Hutang Felda: Muhyiddin Umum Tapi Tak Buat
- Jangan Di Pandang Sepi Peringatan Dari Yana Najib