Mahfuz – Saya jamin dalam tangan kami 16 kerusi

Mahfuz – Saya jamin dalam tangan kami 16 kerusi

Mahfuz - Saya jamin dalam tangan kami 16 kerusi
Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar yakin gabungan itu bersama Barisan Nasional (BN) boleh menumbangkan Perikatan Nasional (PN) dipimpin PAS di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) berasaskan ‘formula’ 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tangan, sekali gus memerlukan hanya tiga lagi.

Jaminan 16 kerusi dalam tangan itu dinyatakan bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam ruangan Soal Jawab BH, semalam, yang dikatakan berasaskan data dan statistik.

“Kekuatan kita memang ada di bandar dan pinggir bandar, tapi apa perlu dilihat ialah perubahan sekarang sudah sampai ke luar bandar.

“Perubahan untuk orang (pengundi) rasa sudah tak dapat nak terima (PN) lagi. Mungkin mereka terpengaruh dan terpedaya seperti diungkapkan sebelum pilihan raya, mereka rasa macam bersalah undi PN dengan mempercayai sentimen ditiupkan kononnya ada ancaman kepada agama dan bangsa,” katanya.

Mengenai keyakinan PAS terutama Menteri Besar, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membolot sekurang-kurangnya 30 kerusi, Mahfuz berkata, ia adalah untuk mengelakkan jentera pilihan raya parti itu menjadi lemah.

Mahfuz – Saya jamin dalam tangan kami 16 kerusi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker