Panjat jambatan untuk bergambar, remaja hilang jatuh sungai

Panjat jambatan untuk bergambar, remaja hilang jatuh sungai

Panjat jambatan untuk bergambar, remaja hilang jatuh sungai
Jambatan Gantung Kampung Damat-Kampung Lakang di mana remaja dilapor terjatuh ke sungai dan hilang. – Foto ihsan Polis

TUARAN: Seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke Sungai Tuaran di Kampung Telibong, dekat Tamparuli di sini, hari ini.

Kejadian berlaku apabila mangsa, Mohd Hisham Iskandar Azli dipercayai tergelincir ketika menyeberangi Jambatan Gantung Kampung Damat-Kampung Lakang bersama lima rakannya kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Berdasarkan maklumat penduduk sekitar, mangsa dikatakan memanjat dinding jambatan gantung untuk bergambar sebelum tergelincir dan terjatuh ke sungai.

Rakan mangsa kemudiannya bergegas meminta bantuan penduduk kampung dengan mangsa kali terakhir dilihat sejauh 100 meter sebelum tenggelam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, sembilan anggota termasuk unit anjing pengesan (K9) bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

“Sebaik tiba, anggota menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pinggir sungai dengan bantuan penduduk kampung berhampiran menggunakan bot.”

“Bagaimanapun, mangsa yang memakai pakaian baju berwarna kuning dan seluar hitam belum ditemui di sekitar radius pencarian sejauh dua kilometer sehingga kini,” katanya.

Operasi yang turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Tuaran bagaimanapun ditangguhkan jam 6.50 petang tadi dan dijangka disambung esok pagi.

Panjat jambatan untuk bergambar, remaja hilang jatuh sungai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker