Pukul isteri gara-gara nak bawa anak ke klinik

Pukul isteri gara-gara nak bawa anak ke klinik

Pukul isteri gara-gara nak bawa anak ke klinik
Foto hiasan.

AMPANG JAYA: Hanya kerana berselisih faham membawa anak ke klinik, seorang lelaki warga Myanmar tergamak memukul isterinya di kediaman mereka di Jalan Tasik Tambahan, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, sebelum kejadian wanita Myanmar berusia 36 tahun itu mulanya bertengkar dengan suaminya, 41, pada jam 2 petang.

Katanya, selepas itu suspek bertindak memarahi, mencekik leher, menumbuk kepala dan badan mangsa kerana tidak berpuas hati



berkaitan membawa anaknya ke klinik akibat mengalami gatal-gatal.

“Susulan aduan diterima, pada jam 6 petang kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan suspek yang bekerja sebagai penyelia.

“Hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati, dia mengalami kecederaan tisu di pipi kiri, dahi dan lengan kiri serta leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.



Pukul isteri gara-gara nak bawa anak ke klinik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button