‘Report Card’ Merah Menjadi Taruhan PN Dalam PRN

'Report Card' Merah Menjadi Taruhan PN Dalam PRN

‘Report Card’ Merah Menjadi Taruhan PN Dalam PRN

Dalam menghadapi pilihanraya di 6 buah negeri, Perikatan Nasional (PN) berjanji akan melakukan perubahan di negeri yang mereka kuasai.

Itu pun kalau ada negeri yang mampu PN pertahankan.

Kalau mengikut culaan terkini, PN dijangka akan kehilangan Kedah.



Manakala Terengganu pula, PH/BN mempunyai peluang untuk merampas kembali kerajaan negeri.

Peluang terbaik PN di Terengganu adalah saingan sengit, tetapi agak sukar untuk PN mempertahankan negeri Terengganu.

Kelantan pula mempunyai cerita yang berbeza.

Agak sukar untuk PH/BN merampas Kelantan.



Peluang terbaik PH/BN adalah mengimbangi jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan supaya tidak lagi dikuasai PN seperti sekarang.

Bagi Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, harapan untuk PN merampas dari PH/BN masih ada.

Tetapi hanya di dalam mimpi sahaja.

Secara perbandingan melalui keputusan PAU 15, ada beberapa faktor yang akan mempengaruhi keputusan pilihanraya di 6 negeri tersebut.



PN Tidak Mempunyai ‘Report Card’ Yang Baik Apabila Berkuasa

Sama ada di peringkat pusat, mahu pun di peringkat negeri, tidak boleh dinafikan PN tidak mampu mentadbir dengan baik.

Untuk peringkat pusat, memang benar isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup belum dapat diselesaikan secara tuntas oleh Kerajaan Perpaduan.

Tetapi, seburuk mana pun keadaan yang berlaku sekarang, belum ada lagi kita mendengar rakyat menaikkan bendera putih.

Apa lagi membunuh diri kerana masalah ekonomi.



Tidak ada siapa dapat nafikan, ianya berlaku di era PN menjadi kerajaan pusat.

Sangat menyedihkan apabila rakyat dihidangkan kisah ibu/ayah terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari sesuap nasi.

Itulah ‘jasa’ PN ketika menjadi kerajaan pusat.

Manakala diperingkat negeri pula, cuba tanya pemimpin PN.



Berapa banyak pelaburan asing langsung (FDI) yang telah berjaya mereka bawa ke negeri yang mereka perintah?

Berapa pula KDNK negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah sepanjang pemerintahan PN?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Benar, Terengganu berada di tangga ketiga pertumbuhan ekonomi negeri-negeri di Malaysia.

Tetapi apakah ianya atas usaha kerajaan pusat atau menteri besar dari Auckland?

Isu penjualan tanah di Terengganu, isu kecurian nadir bumi di Kedah adalah beberapa isu yang akan membuatkan PN berputih mata di negeri tersebut.

Jadi tidak hairanlah apabila PN terus menunggang isu 3R untuk mengelirukan rakyat.

Sebabnya mudah, kerana PN mempunyai ‘report card’ yang buruk dalam pentadbiran untuk dijadikan bahan kempen.

 

‘Report Card’ Merah Menjadi Taruhan PN Dalam PRN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button