Apa Lagi, Haa Tepokkk
@acik.mantera
Apa Lagi, Haa Tepokkk
Jangan terkejut jika penulis beritahu, pemimpin yang paling popular di kalangan pengundi menjelang pilihanraya di 6 negeri adalah Muhyiddin Yasin.
Sebagai dalil, cuba tenguk dalam Youtube atau Tiktok atau Facebook.
Setiap ceramah politik yang Muhyiddin hadir, pasti puluhan ribu atau buat kata Shahidan Kassim, ratusan ribu rakyat hadir.
Dari mana dan bagaimana mereka hadir, itu persoalan nombor sepuloh.
Sama ada mereka hadir kerana disediakan pakej melancung berserta dengan sampul surat, bukan persoalannya.
Ada juga yang kata, pelancungan mereka itu mengikut pakej yang mereka pilih sendiri.
Kalau hanya memakai kemeja T Perikatan Nasional, lain sampul suratnya.
Dan kalau pakai kemeja T Perikatan Nasional dan sanggup pula bawa bendera, lain pula sampul suratnya.
Populariti Muhyiddin tidak perlu dipersoalkan lagi.
Dalilnya ada dalam video klip di atas.
Muhyiddin sangat disayangi, dihormati dan ditaati oleh penyokong setia beliau yang sudah mendapat sampul surat.
Muhyiddin suruh duduk, mereka duduk, Muhyiddin suruh berdiri, mereka berdiri dan paling win, Muhyiddin suruh tepuk, mereka tepuk dengan bersemangat…πππ
Ini semua bukan apa, penyokong Muhyiddin yakin, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Muhyiddin adalah benar.
Tidak ada yang benar, melainkan benar belaka.
Tidak perlu Muhyiddin berikan bukti, apa lagiΒ bersumpah laknat seperti DS Najib atau DS Zahid.
Apa lagi, tepokkk lah…π€π€π€
Apa Lagi, Haa Tepokkk
Di Syorkan Untuk Anda:
- Ras Adiba Sertai PN Kerana Kecewa Jawatan Senator Tidak Di Sambung
- BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu
- Takkan Itu Rumah Agam Nusi, Dia Kan Pejuang Melayu Isley