Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan

Sebut nama presiden PAS, Hadi Awang, pasti kita akan teringatkan kepada Amanat Hadi yang sudah diisytiharkan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Tetapi walau pun ianya sudah diisytiharkan sesat, pepatah orang Jawa ada menyebut ‘damage has been done’.



Laporan Kertas Putih 1986 secara jelas mengesahkan Tragedi Memali berpunca dari ketaksuban ahli PAS yang terpedaya dengan Amanat Hadi.

Tragedi Memali telah mengorbankan 18 nyawa termasuk 4 orang anggota keselamatan yang telah diserang oleh penyokong PAS.

Lebih menyedihkan lagi, 14 orang penyokong PAS yang telah terkorban, telah ditanam tanpa dimandikan dan dikafankan.



Mereka ditanam dengan pakaian yang berdarah kerana penyokong PAS percaya dengan Amanat Hadi yang mendakwa kononnya mereka mati syahid.

Tetapi kini, Hadi Awang, orang yang mengeluarkan Amanat Hadi sudah berkerjasama dengan Dr Mahathir, orang yang didakwa bertanggungjawab atas Tragedi Memali.

Adakah pendirian beliau sudah berubah?

@acik.mantera



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Bila disoal oleh wartawan mengenai Tragedi Memali di hadapan Dr Mahathir, beliau menganggap ianya sebagai soalan syaitan.

Apa yang beliau maksudkan dengan soalan syaitan?

Adakah sekarang ini beliau beranggapan bahawa korban Tragedi Memali itu adalah sebahagian dari tentera syaitan?



 

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button