Suara Parti MUDA atau Suara Penaja Parti MUDA?

 

“Kami tidak perlukan lagi orang seperti Najib di Malaysia ” Amir Hariri Abd Hadi  (MUDA)

Itu lah suara sumbang dari salah seorang wakil Parti MUDA dibawah Kluster Mahkamah Syed Saddiq.



Syed Saddiq ada lah ahli politik bertaraf Menteri paling muda  pernah didakwa dimahkamah atas kes AMLA  dan penyelewengan.

Wang parti BERSATU juga didapati telah masuk kedalam akaun simpanan peribadi Syed Saddiq.

Namun, seolah olah tidak pernah lihat diri dicermin, wakil parti yang syok sendiri ini ada hati perut mahu bercerita berkenaan Najib Razak dan mewakili entah siapa menyatakan “kami” tidak perlukan Najib Razak.

Kami itu siapa? berapa kerat ahli MUDA?



Atau sebenar nya suara wakil MUDA ini ada lah suara penaja Parti MUDA?

Umum tahu kaitan MUDA Syed Saddiq dengan penaja parti nya Kalimullah Hassan.

Kalimullah adalah watak terkenal di era Khairy Jamaluddin menjadi Perdana Menteri de facto zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi.



Kalimullah memberi Khairy wang untuk membeli saham ECM Libra.

Maka, apabila wakil Parti MUDA tiba tiba bersuara berkenaan menolak Najib Razak, , ada kah dia mengetahui imej Parti dan Pemimpin nya Syed Saddiq yang begitu tercemar dengan kisah peti besi dan viral bergambar dengan seorang gadis diatas katil?

“Kami” yang dimaksud kan itu ada kah ahli Parti MUDA atau mewakili siapa agak nya?

Jika dikira “kami” yang menyokong Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan lebih ramai dari seluruh ahli MUDA yang ada didalam negara.



MUDA sekadar parti butik dan picisan yang terpaksa berpaut pada parti orang tua yang lain.

Syed Saddiq pernah mengaku ditaja oleh Kalimullah Hassan .

Menurut tulisan seorang bloggers dan penulis , Parti MUDA di taja dan pandu oleh Kalimullah Hassan dari belakang.



Jika ini benar ia amat merbahaya kerana latar belakang Kalimullah Hassan sangat samar dan ada yang kata berpaksi Singapura.

Ketika Tun Mahathir mahu menjatuhkan Tun Abdullah, beliau bermain dengan isu 3K., ia itu Kalimullah , Khairy Jamaluddin dan Kamaruddin Abdullah (anak Pak Lah).

Maka menurut penulis itu suara yang di bawa oleh wakil Parti MUDA berkemungkinan ada lah suara Kalimullah. dan ia sangat melawan arus diketika jutaan penyokong Najib Razak mahu beliau dbebaskan.

 



 

 

 

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading