Pesakit kanak-kanak korban kecelakaan lif

Pesakit kanak-kanak korban kecelakaan lif

Pesakit kanak-kanak korban kecelakaan lif
Gambar hiasan.

Mexico City: Pesakit kanak-kanak sebuah hospital di kawasan peranginan Mexico, Playa del Carmen meninggal dunia dalam kecelakaan lif.

Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu dimasukkan ke hospital, awal minggu ini kerana denggi, lapor media tempatan, El País México yang dipetik Newsweek.

Pada hari kejadian lewat Isnin lalu, kakitangan hospital sedang memindahkan dia dengan katil hospital apabila lif dinaiki mereka tiba-tiba naik tanpa menutup pintu.

Laporan awal menunjukkan ketika lif bergerak, katil kanak-kanak itu belum masuk sepenuhnya ke dalam lif.



“Kira-kira jam 10.30 malam, ketika memindahkan kanak-kanak itu, lif tidak berfungsi dengan baik,” kata delegasi IMSS bagi negeri Quintana Roo, Dr Enrique Leobardo Urena.

“Sekali lagi kami seikhlas hati menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kanak-kanak ini. Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan ia tidak akan berulang,” katanya.

Menurutnya, IMMS sudah memulakan siasatan dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan.

“Kami telus sepenuhnya dengan hasil siasatan dan keluarga mangsa akan terus menerima sokongan sepanjang proses ini,” katanya.

IMSS ketika dihubungi Newsweek berkata, masalah lif itu sudah dilapor dan dibaiki oleh juruteknik daripada syarikat subkontraktor yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan.



Pejabat pendakwa raya membuka kertas siasatan terhadap insiden dan kakitangan hospital yang menemani pesakit kanak-kanak itu ketika kejadian berlaku sudah ditahan.

Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak berkenaan memfailkan aduan di Kementerian Persekutuan Mexico.

Pesakit kanak-kanak korban kecelakaan lif


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button