Alwi dilarang guna Internet 8 tahun

Alwi dilarang guna Internet 8 tahun

Alwi dilarang guna Internet 8 tahun
ALWI dihukum penjara enam tahun dan larangan menggunakan Internet selama lapan tahun kerana menyebar video seks bekas kekasih. FOTO Agensi.

Jakarta: Hukuman ke atas Alwi Husen Maolana yang dituduh menyebar video lucah bekas kekasihnya ditambah dengan larangan menggunakan Internet selama lapan tahun.

Mahkamah Daerah Pandeglang di Banten memutuskan demikian, kelmarin sebagai tambahan kepada hukuman penjara enam tahun dan denda Rp 1 bilion rupiah (RM301,936.15) sebagai ganti hukuman tiga bulan penjara.

Terdahulu, lelaki berusia 22 tahun itu didapati bersalah mengikut Akta Transaksi Elektronik dan Maklumat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam tahun.

Mahkamah mengenakan sekatan terhadap Alwi daripada mengakses Internet selama lapan tahun, termasuk sebarang aktiviti media sosial.



Peguam mangsa berkata pihaknya akan mengemukakan tuduhan tambahan terhadap Alwi, khususnya serangan seksual, peras ugut dan penderaan di bawah Undang-Undang Jenayah Seksual.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Abang Budin Bayar Cukai Pendapatan Tak?

Menurut Iman, Alwi yang juga bekas kekasih adiknya menghantar video seks mangsa kepadanya dan keluarga pada Disember 2022, malah video tanpa pengetahuan mangsa itu turut disebar kepada rakan terdekat mangsa.

Alwi turut mengancam untuk menyebarkan video itu dalam kalangan pensyarah kolej mangsa.

Iman mendakwa adiknya menderita sepanjang tiga tahun menjalin hubungan dengan Alwi, sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Bagaimanapun mereka berhadapan pelbagai halangan sepanjang siasatan dan kesukaran untuk mendakwa Alwi, termasuk mendakwa pernah diminta menyelesaikan kes itu di luar mahkamah oleh pihak pendakwaan.



Berikutan itu, Iman dilapor menggunakan Twitter untuk mendedahkan perkara berkenaan hingga viral dan membangkitkan kemarahan warga Indonesia.

Alwi dilarang guna Internet 8 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading