Lima kali lagi besar daripada Titanic
Lima kali lagi besar daripada Titanic

Miami: Kapal persiaran terbesar di dunia, Icon of the Seas, dibina syarikat berpangkalan Miami, Royal Caribbean Group yang membuat kemunculan sulungnya minggu lalu, mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk ada merasa seram dengan kapal gergasi itu.
Portal Independent melaporkan kapal ikonik yang baru-baru ini siap di Finland itu, dijangka membuat pelayaran rasmi pertamanya dari Miami pada Januari 2024.
Royal Caribbean menggambarkan kapal persiaran yang diuji percubaan awal ke laut terbuka di luar pantai Finland itu sebagai game changer (pengubah situasi atau keadaan) untuk percutian.
Kapal itu mempunyai kemudahan seperti tujuh kolam termasuk kolam renang terbesar di kapal laut, taman air terbesar di dunia di kapal laut, enam gelongsor air dan sembilan pusaran air buatan.
Sebagai tambahan kepada hiburan air itu, kapal berkenaan menjanjikan lebih 20 cara untuk menjamu selera selain lebih 15 bar yang menjanjikan pengalaman menarik kehidupan malam termasuk bar karaoke.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hina Agong, Sanusi ‘kebal’ sebab belajar ‘ilmu kunci sendi’?
- Undi PN akan dapat orang yang penjarakan “Bossku”
Icon of the Seas juga dilengkapi dinding untuk aktiviti panjat tebing, dewan makanan pertama Royal Caribbean, carousel bertemakan pantai, arked dan padang golf mini.
Sebaik sahaja ia belayar, kapal besar itu, yang panjangnya hampir 1,200 kaki (kira-kira 365 meter/ m) , akan dapat menampung sehingga 5,610 penumpang dan 2,350 anak kapal di dalam binaan 19 tingkat.
Di media sosial, gambar dan video pertama kapal persiaran itu yang sedang menjalani ujian laut, mencetuskan reaksi berbeza penonton, dengan ramai yang meluahkan rasa seram.
“Ia dilihat seperti neraka, itu adalah perasaan yang paling jahat,” ciap seorang pengguna sebagai respons kepada foto kapal persiaran baharu itu, manakala yang lain berkata: “Saya minta maaf tetapi ini adalah mimpi ngeri.”
“Kapal persiaran terbesar di dunia, Icon of the Seas. Kapasiti maksimum hampir 8,000 orang, 20 dek, lima kali lebih besar daripada Titanic. Itu TIDAK kelihatan santai sama sekali,” kata seorang lagi di Twitter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Individu lain tidak percaya bahawa gambar kapal persiaran itu adalah benar, dengan seorang mengaku bahawa mereka menyangka gambar itu adalah daripada filem Pixar.
Kapal persiaran itu juga mendorong ramai untuk merujuk mengenai tragedi tenggelamnya Titanic selepas melanggar bongkah ais.
Namun, di sebalik kritikan terhadap kapal ikon laut baharu, ia terbukti popular dengan Royal Caribbean International melaporkan hari tempahan terbesarnya dalam sejarah 53 tahun, apabila tempahan dibuka pada Oktober 2022 untuk Icon of the Seas itu.
Lima kali lagi besar daripada Titanic
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Najib terus dizalimi” – Puad Zarkashi
- MBI Kedah terlibat curi nadir bumi
- Siapa ‘bayar’ Syed Imran untuk sokong PN?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :