Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?
Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
Kertas siasatan tersebut dibuka berikutanĀ campur tangan politik dalam isu kecurian REE di Kedah.
Menurut Ahmad Khusairi lagi, ianya juga termasuk kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM Kedah pada Mac 2023 lalu.
Namun beliau enggan mengulas sama ada SPRM akan memanggil menteri besar terbabit dalam masa terdekat.
Apa yang dapat kita fahami adalah, kertas siasatan baharu dibuka dan siasatan baru di peringkat awal.
Dan setakat ini SPRM belum memanggil mana-mana individu untuk dirakam keterangan percakapan kerana masih meneliti bukti awal yang ada.
Kenapa Sanusi Menggelabah?
Tetapi agak mengejutkan apabila tiba-tiba Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, tiba-tiba mengeluarkan kenyataan beliau belum dipanggil oleh SPRM.
Serta secara tiba-tiba, Sanusi menuduh pula bahawa berita itu mendahului proses serta berniat jahat.
Sama ada Sanusi tidak faham atau susah hendak faham mengenai perjalanan siasatan oleh pihak berkuasa.
Setiap laporan akan diteliti dan semua bukti awal akan disiasat kesahihannya serta ditentukan sama ada ianya relevan atau tidak dengan siasatan.
Selepas bukti awal dikaji, baharulah pegawai penyiasat akan memanggil mana-mana individu yang diyakini boleh membantu menyelesaikan penyiasatan.
Sekiranya pegawai penyiasat berpuas hati mempunyai asas dan bukti yang kukuh untuk membuat pendakwaan, baharulah kertas pertuduhan akan dikeluarkan.
Kertas pertuduhan yang lengkap dengan bukti akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk dikaji semula.
Pihak Peguam Negara akan memberikan arahan sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau tidak.
Kenyataan Ahmad Khusairi jelas menyatakan beliau tidak mahu membuat sebarang kenyataan awal sama ada Sanusi akan dipanggil atau tidak.
Tetapi mengapa Sanusi pula yang kelam kabut ayam?
Penulis teringat, Sanusi pernah mendakwa beliau tidak menerima sebarang makluman dari pihak polis yang beliau akan didakwa berikutan kes menghina Raja Raja Melayu.
Tetapi hakikatnya, pihak polis telah cuba berkali-kali menghubungi beliau, tetapi denganĀ sengaja atau takut menjawab panggilan telefon dari pihak polis.
Jangan nanti bila SPRM telefon juga tidak mahu jawab, lepas itu dakwa tidak dapat apa-apa maklumat dari SPRM.
Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara
- Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah
- PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah