Juruteknik maut disengat tebuan

Juruteknik maut disengat tebuan

Juruteknik maut disengat tebuan
Foto hiasan

KULIM: Seorang juruteknik maut selepas disengat tebuan ketika sedang melakukan kerja baik pulih kerosakan di pencawang Komunikasi FELDA Gunung Bongsu, Karangan, di sini, semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari ketika mangsa, Mohamad Hafizzudin Husim, 30, sedang melakukan tugas di kawasan pencawang itu pada ketinggian 30 meter.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata selepas kejadian itu mangsa di bawa ke Klinik Kesihatan Karangan untuk mendapat rawatan awal.

“Mangsa didapati mengalami keadaan kesihatan yang lemah dan kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim menggunakan ambulans.



“Mangsa disahkan meninggal dunia jam 12.10 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, bedah siasat yang dilakukan mendapati punca kematian mangsa disebabkan disengat tebuan.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

“Mayat diserahkan kepada waris dan akan dikebumikan di Alor Setar,” katanya.



Juruteknik maut disengat tebuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button