Liga Super: Terengganu FC rakus belasah Kelantan FC 8-0

Liga Super: Terengganu FC rakus belasah Kelantan FC 8-0

Liga Super: Terengganu FC rakus belasah Kelantan FC 8-0
Kapten Kelantan FC, Khairul Helmi Johar (kiri) mengasak pemain Terengganu FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.- Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO

KOTA BHARU – Kelantan FC gagal meneruskan rentak kemenangan yang dilakar pada minggu lalu apabila dibelasah 0-8 kepada Terengganu FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, sebentar tadi.

Perlawanan tersebut tertangguh lebih satu jam apabila cuaca hujan lebat yang menyebabkan keadaan padang becak sehingga air bertakung.

Pesta gol skuad Penyu bermula pada minit ke-14 menerusi tandukan Ivan Mamut yang memanfaatkan umpanan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob selepas menerima bola sepakan penjuru diambil Nurillo Tukhtasinov.



Terengganu FC sekali lagi merobek gawang The Red Warriors (TRW) melalui tandukan Tukhtasinov pada minit ke-27 selepas menerima hantaran silang Sony Norde.

Kesilapan pertahanan Kelantan FC, Ramesh Munusamy membawa padah apabila Nik Muhammad Sharif Haseepy Mohd. Lazim dengan pantas mencuri bola dan merembat masuk gol ketiga Terengganu FC pada minit ke-36.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO MESTI ‘Reform’ Sekiranya Mahu Kekal Relevan



Liga Super: Terengganu FC rakus belasah Kelantan FC 8-0
Nik Muhammad Sharif Haseepy meraikan gol ketiga Terengganu FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. – Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!
Gawang TRW sekali lagi dibolosi melalui tandukan Engku Muhammad Nur Shakir pada minit ke-40 selepas menerima hantaran sepakan percuma diambil Norde menyaksikan kedudukan 0-4 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Terengganu FC sekali lagi merobek gawang TRW apabila Muhammad Safwan Mazlan menampan bola masuk pada minit ke-47 selepas menerima umpanan Engku Muhammad Nur Shakir hasil sepakan penjuru diambil Norde.

Kerapuhan benteng Kelantan FC terus dihukum oleh skuad Penyu apabila Mamut berjaya mengelirukan pertahan TRW dan menjaringkan gol keenam perlawan pada minit ke-53.

Situasi TRW semakin parah apabila rembatan jarak jauh Muhamad Hakimi Abdullah menerjah tepat ke penjuru kanan gawang pada minit ke-63.

Tiga minit berselang, Mamut melengkapkan jaringan hatriknya melalui rembatan deras yang menewaskan penjaga gawang TRW, Muhammad Irfan Haikal Mohd. Iffendi.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

Kelantan FC terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila pemain pertahanannya, Muhammad Syaqimi Rozi diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-75.

Kedudukan 8-0 kekal sehingga ke wisel penamat dan keputusan itu menyaksikan Kelantan FC kekal di tangga ke-13 Liga Super manakala Terengganu FC terus menghuni tangga keenam carta liga. – KOSMO! ONLINE



Liga Super: Terengganu FC rakus belasah Kelantan FC 8-0

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button