PAS sudah tidak perlu ber “IMAM” kan Muhyiddin lagi.

 

Oleh – Adam Malik


PAS sudah tidak perlu ber "IMAM" kan Muhyiddin lagi.

PAS sudah tidak perlu ber “IMAM” kan Muhyiddin lagi.



Waktu terbaik Muhyiddin undur diri dan serah kepada Hadi.

PAS paling banyak kerusi dan PPBM sekadar menumpang PAS.

Pilihan Raya Negeri telah pun berlangsung dan keputusan nya sudah jadi pengetahuan umum.

Keputusan Status Quo telah terjadi dimana tiada mana mana pihak dapat merampas mana mana negeri.



PAS telah mendapat kerusi terbanyak dan terus menguasai negeri yang mereka sedang kuasai sebelum PRN.

Terlalu jelas Parti PPBM sekadar  Melukut ditepi gantang dan menumpang sahaja kepada Parti PAS serta penyokongnya.

Apa yang boleh dilihat adalah sikap Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berlagak seolah olah beliau pula yang menang besar sehingga terlanjur menyarankan supaya PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi agar mengundur diri dan letak jawatan.

Atas alasan apa keputusan PRN boleh akibatkan menukar kerajaan?



Sebenar nya Muhyiddin mengharapkan kemenangan 6-0 atau 5-1 , namun ia tidak terjadi.

PAS sudah tidak perlu ber "IMAM" kan Muhyiddin lagi.

Akibat tidak dapat keputusan yang dikehendaki seperti dinyatakan okeh Tun Mahathir , Muhyiddin tetap teruskan desak Anwar Ibrahim dan Zahid meletakan jawatan.

Betapa sikap tidak malu Muhyiddin.



Ini waktu terbaik untuk Haji Hadi ambil alih kepimpinan untuk menampakan PAS memimpin dan bukan dipimpin oleh Muhyiddin dan Mahathir.

Penyokong PAS diceruk rantau digulakan konon Islam memimpin tapi hakikat nya PAS serah kepada PPBM dan Mahathir.

Ia satu pembohongan disiang hari.

Tidak wajar PAS lindungi Muhyiddin yang terpalit rasuah dan penyelewengan serta ada beberapa kes mahkamah yang menunggu nya.



Muhyiddin juga cuba menyelamatkan tengkuknya yang dibelenggu pelbagai kes dengan menunggang PAS untuk jatuhkan kerajaan yang mendakwanya.

Hadi perlu jawab kenapa parti banyak kerusi sujud kepada parti sedikit kerusi.

Muhyiddin juga akibatkan PAS menang banyak tapi tidak dapat jadi kerajaan kerana Muhyiddin tolak tawaran jadi kerajaan bersama Perikatan Nasional akibat penting diri sendiri kerana tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading