Harisson Hassan calon bakal MB Selangor?

Oleh – Bakhtiar Omar


 

Harisson Hassan calon bakal MB Selangor?



Dalam masing-masing kesibukan berkempen dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Selangor, tiba-tiba nama Datuk Harisson Hassan digosipkan sebagai calon bakal MB Selangor.

Bertanding di kerusi N12,DUN Jeram, Selangor, Harisson merupakan ‘muka baru’ dalam Perikatan Nasional mewakili BERSATU. Sebelum ini beliau merupakan Timbalan Ketua Bahagian Umno Sg Buloh. Keahlian Harisson sebagai ahli Umno telah gugur secara otomatik sebaik dinamakan sebagai calon PN.

Berlaku kontroversi apabila Harisson yang dikatakan ‘calon luar’ diberikan peluang untuk menjadi calon apabila keahlian beliau dalam BERSATU tidak sampai sebulan. Bukan sebab keahlian sahaja, malah bekas ADUN Jeram, Shaid Rosli turut menyatakan beliau lebih dikenali pengundi Jeram berbanding Harisson.

Shaid berkata, PN dijangka mempertaruhkan “calon luar” iaitu Harrison Hassan bagi kerusi Jeram, dan tindakan itu tidak disenangi pengundi tempatan.



“Calon yang PN nak bawa ialah calon luar, jadi orang kawasan sini lebih kenal saya kerana saya tinggal di sini jadi mereka lebih selesa kalau diberi peluang kepada calon tempatan.” – Shaid Rosli – 25/7/2023

Shaid sebelum ini menang kerusi DUN Jeram mewakili BERSATU memilih untuk bersama PEJUANG pada Ogos 2020 mengikut jejak Tun Mahathir.

Harisson Hassan calon bakal MB Selangor?

Siapa tahu sekiranya Harisson dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, maka koridor 3S – Sepang, Subang, Selayang akan dilaksanakan oleh beliau bagi lebih memajukan Selangor. Koridor 3S dijangka boleh menarik perhatian pelabur untuk melabur di Selangor bagi penyediaan khidmat penyelenggaraan helikopter.



Sudah pasti ini boleh menjadi antara intipati kempen Harisson bagi membuktikan beliau bukanlah ‘calon luar’ seperti didakwa Shaid. dan mampu memberi khidmat terbaik kepada bukan sahaja rakyat Jeram malah Selangor.

Selangor memerlukan calon MB yang lebih baik dan lebih mampu menarik pelabur luar serta tidak menimbulkan sebarang konflik atau kontroversi. Lupakan Azmin Ali kerana peluang perlu diberikan kepada muka baru agar Selangor lebih segar dan berwajah baru.

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading