Khanun semakin menghampiri Jepun

Khanun semakin menghampiri Jepun

Khanun semakin menghampiri Jepun
Keadaan sekitar Manila, Filipina yang menerima tempias Taufan Khanun. – FOTO AFP

Tokyo: Sekurang-kurangnya 264 penerbangan dibatalkan di Jepun berikutan Taufan Khanun yang semakin menghampiri negara itu, lapor Sputnik memetik penyiar NHK pada Isnin.

Taufan itu dijangka membadai wilayah barat daya Okinawa dan Amami dari Isnin hingga Selasa.

Japan Airlines membatalkan 67 penerbangan pada Isnin, manakala All Nippon Airways membatalkan 73 penerbangan pada hari yang sama dan 124 penerbangan lagi pada Selasa.



Pihak berkuasa Jepun memberi amaran kepada penduduk Okinawa dan Amami bahawa Taufan Khanun boleh mencetuskan tanah runtuh dan banjir serta ombak tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MB Selangor Dedahkan Usaha Azmin Haramkan Yayasan Selangor Di Gagalkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button