Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu
Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah dari PAS, Sanusi Md Nor, bersikap biadab dengan Institusi Raja Melayu.
Sanusi sudah pun didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dakwaan menghina Institusi Kesultanan Selangor.
Belum sampai sebulan Sanusi didakwa, kini satu lapuran polis sudah pun dibuat oleh Pejabat Sultan Perak ke atas seorang penyokong PAS, Hawa Yaakub.
Pihak Pejabat Sultan Perak membuat lapuran polis ke atas satu ciapan yang dibuat oleh Hawa Yaakub di dalam akaun Twitter beliau.
@acik.mantera Lapuran polis telah dibuat oleh pihak Istana Perak atas kebiadaban penyokong PAS yang memanipulasi titah Sultan Perak, DYMM Raja Nazrin Shah
Dalam ciapan tersebut, Hawa telah memuatnaik satu video pendek yang cuba memanipulasi titah Sultan Nazrin pada tahun 2013.
Titah Sultan Nazrin yang asalnya berdurasi 90 minit telah diedit dan dipendekkan kepada sekitar 2 minit setengah.
Hawa juga didakwa cuba menggambarkan bahawa Sultan Nazrin memihak kepada parti PAS.
Adalah sangat jelas, tindakan Hawa itu bertujuan untuk mengelirukan pengundi pada PRN 6 negeri dengan mengheret Institusi Raja Melayu bersama.
Tindakan Hawa itu telah mencemarkan martabat dan maruah Sultan Nazrin selaku raja yang berdaulat dan Institusi Raja Melayu yang bersikap berkecuali di dalam politik.
Tindakan tegas mesti diambil oleh pihak berkuasa memandangkan ada pihak yang tidak mengambil pengajaran dari pendakwaan ke atas Sanusi.
Kebiadaban sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Prinsip kebebasan bersuara tidak boleh di salah gunakan sebagai prinsip boleh menyuarakan apa yang kita suka.
Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan.
Kebebasan bersuara rakyat ada batasannya kerana negara kita tidak mengamalkan undang-undang rimba yang beraja di mata dan bersultan di hati.
Sekali Lagi PAS Biadab Dengan Institusi Raja Melayu
Di Syorkan Untuk Anda:
- PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas
- Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!
- 10 EXCO Kedah Di Panggil SPRM Berkaitan Isu REE, Rakyat Kedah Mengamuk