Benarkah MIC Arahkan Ahli Supaya Tidak Bantu Calun PH?

Benarkah MIC Arahkan Ahli Supaya Tidak Bantu Calun PH/BN?

Benarkah MIC Arahkan Ahli Supaya Tidak Bantu Calun PH?

Menurut lapuran dari The Malaysian Insight bertarikh 30 Julai 2023, parti komponen Barisan Nasional (BN) arahkan supaya pemimpin negeri tidak membantu calun PH dalam PRN 6 negeri.

Dalam lapuran tersebut, dikatakan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC meminta kepimpinan dan ahli parti untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN) sahaja.

Sekiranya apa yang dilapurkan itu benar, ini adalah satu isu yang sangat serius.



Apakah MIC tidak tahu, atau sengaja buat-buat tidak tahu bahawa kuasa pemerintahan yang ada pada BN adalah tempelan dari ehsan PH.

Dengan sokongan dari 148 ahli parlimen di Dewan Rakyat, tanpa BN, Kerajaan Perpaduan tetap akan mengekalkan kuasa mereka.

Janganlah dirosakkan semangat kerjasama yang sudah terjalin antara pemimpin BN dan pemimpin PH.

MIC juga mesti sedar, dalam Dewan Rakyat, mereka hanya mempunyai seorang ahli parlimen.



Penulis yakin, Pengerusi BN, DS Zahid, tidak mahu mengambil tindakan drastik yang boleh menguburkan persahabatan dan kerjasama di dalam BN.

Namun, sekiranya tindakan yang diambil MIC keterlaluan, tidak mustahil tindakan menyingkirkan MIC dari BN boleh diambil.

Dengan kehilangan sokongan dari satu ahli parlimen, BN akan tetap menjadi rakan kongsi Kerajaan Perpaduan.

Yang akan menerima padahnya adalah MIC sendiri.



Berfikir dan bertindaklah secara matang dalam politik.

Sekiranya apa yang dilapurkan oleh Malaysia Insight adalah tidak benar, kepimpinan tertinggi MIC wajar tampil memberikan penjelasan.

 

Benarkah MIC Arahkan Ahli Supaya Tidak Bantu Calun PH?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button