Wanita terselamat, kereta jatuh gaung 60 meter

Wanita terselamat, kereta jatuh gaung 60 meter

Wanita terselamat, kereta jatuh gaung 60 meter
Keadaan kereta yang dipandu seorang wanita terbabas ke dalam gaung. – Foto Ihsan JBPM

TUARAN: Seorang wanita terselamat selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam 60 meter di simpang Jalan Kampung Kiwoi, Kampung Bawang, Tamparuli di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.25 pagi itu, Juliana Guntok, 42, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil cedera di anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.27 pagi.



Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sejurus tiba, anggota bomba mendapati mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan kemudiannya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang cedera di anggota badan diberi rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar ke hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Operasi ditamatkan jam 2.35 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Wanita terselamat, kereta jatuh gaung 60 meter

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading