Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di pusat jagaan

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di pusat jagaan

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di pusat jagaan
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua di Jalan 5/31, Seksyen 5 di sini, awal pagi tadi. – Foto Bomba

PETALING JAYA: Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua di Jalan 5/31, Seksyen 5 di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Mad Razali Wan Ismail berkata, 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian, sejurus menerima panggilan jam 3.30 pagi.

“Semasa kejadian, terdapat 14 penghuni termasuk penjaga bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.



“Bagaimanapun, terdapat seorang mangsa wanita tempatan berusia 69 tahun ditemukan rentung di atas katil dalam sebuah bilik di kediaman itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Md Razali berkata, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran selain jumlah kerugian yang dialami.

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di pusat jagaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading