SUMBANG RM42.5B KEPADA EKONOMI

SUMBANG RM42.5B KEPADA EKONOMI

SUMBANG RM42.5B KEPADA EKONOMI
DASAR kerajaan yang menyokong pembeli rumah mempunyai manfaat besar untuk pertumbuhan ekonomi.

Kuala Lumpur: Pembelian hartanah kediaman adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi, dengan pembeli rumah Malaysia menyumbang anggaran RM42.5 bilion kepada ekonomi tahun lepas, menurut Juwai IQI.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari berkata, angka itu bersamaan kira-kira 2.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 Malaysia sebanyak RM1.79 trilion.

“Jelas, pembelian rumah merangsang ekonomi dan ini bermakna dasar kerajaan menyokong pembeli rumah mempunyai manfaat yang jauh lebih besar untuk pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata, RM42.5 bilion manfaat ekonomi itu mewakili hanya sebahagian daripada impak penuh keseluruhan sektor perumahan tanpa mengambil kira berpuluh bilion ringgit melibatkan pengeluaran bahan, pengurusan hartanah, sewaan hartanah, penyelenggaraan dan pengubahsuaian serta aktiviti hartanah lain yang menambah ekonomi.

Angka itu juga tidak termasuk nilai hartanah itu sendiri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Politiking’ siapa dalam PAS yang benam legasi Nik Aziz?



 


Beliau berkata, antara Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, manfaat pembelian rumah terbesar di Selangor dengan sumbangan 3.1 peratus kepada KDNK.

Di Johor dan Pulau Pinang, manfaat kepada KDNK secara relatifnya tinggi iaitu masing-masing pada 2.9 peratus dan 3.0 peratus manakala Kuala Lumpur menyaksikan sumbangan paling sedikit kepada KDNK iaitu pada 1.7 peratus.

“Secara purata, setiap kali membeli rumah, anda menjana manfaat pada purata RM175,000 untuk ekonomi namun jumlahnya berbeza mengikut negeri.



“Di Johor, setiap transaksi menambah RM150,000 kepada ekonomi. Manfaatnya RM294,000 di Kuala Lumpur, RM201,000 di Selangor, dan RM174,000 di Pulau Pinang,” katanya.

Juwai IQI menggunakan kaedah statistik dibangunkan pakar ekonomi di National Association of Realtors (NAR) Amerika Syarikat, yang mempunyai hampir 1.5 juta ahli, untuk menganggarkan jumlah penambahan kepada ekonomi oleh pembeli rumah Malaysia.

Kashif berkata, dalam model NAR, empat elemen membentuk jumlah manfaat ekonomi daripada pembelian rumah – pendapatan yang dijana daripada aktiviti hartanah, perbelanjaan berkaitan, pengganda pembelian rumah dan pembinaan rumah baharu.

SUMBANG RM42.5B KEPADA EKONOMI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button