Warga emas ditemui selamat selepas 3 hari hilang ketika cari katak
Warga emas ditemui selamat selepas 3 hari hilang ketika cari katak
KUCHING: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di hutan ketika mencari katak di Sungai Banyau, Nanga Sebala Mujong di Kapit, sejak tiga hari lalu ditemui selamat, hari ini.
Nyipa Ajong, 68, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) jam 2 petang tadi pada jarak empat kilometer dari lokasi dia bersama rakannya berehat Isnin lalu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal, namun sedikit keletihan.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis Kapit untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Warga emas ditemui selamat selepas 3 hari hilang ketika cari katak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Atau PAS Yang Suka Tikam Belakang?
- PN Masih Seronok Bermimpi Untuk Menawan Putrajaya
- Ketiga tiga negeri pemerintahan PAS bermasalah dengan skandal dan penyelewengan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :