Dolla Hadiahkan ‘Damelo’ Buat Peminat Sepanyol, Shooting MV Sampai ‘Sunburn’

Dolla Hadiahkan ‘Damelo’ Buat Peminat Sepanyol, Shooting MV Sampai ‘Sunburn’

Dolla Hadiahkan ‘Damelo’ Buat Peminat Sepanyol, Shooting MV Sampai ‘Sunburn’

Memiliki sebilangan peminat dari Amerika Latin merupakan antara faktor kumpulan band terkenal, Dolla tampil dengan lagu terbaharu berjudul Damelo yang diambil dari bahasa Sepanyol.

Peminat Sepanyol

Dolla Hadiahkan ‘Damelo’ Buat Peminat Sepanyol, Shooting MV Sampai ‘Sunburn’



Menurut salah seorang ahli Dolla iaitu Sabronzo, inspirasi untuk menghasilkan Damelo berlaku selepas satu kejadian di laman Twitter yang melibatkan peminat mereka dari negara tersebut.

Kami ramai peminat yang datang dari pelbagai latar belakang berbeza termasuk beberapa negara lain.

Pernah ada kejadian di Twitter apabila salah seorang peminat kami terpaksa translate cerita berkenaan kami dari bahasa Melayu kepada bahasa Sepanyol.

Jadi kami fikir, kenapa tidak untuk keluarkan sebuah lagu yang ada elemen Sepanyol, oleh itu dalam Damelo kami letakkan berapa lirik bahasa Sepanyol.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?


Sabronzo dan ahli Dolla yang lain iaitu Syasya, Tabby dan Angel ditemui pada sidang media pelancaran lagu Damelo yang diadakan di Publika, Damansara pada Rabu.

Berkongsi lanjut mengenai lagu Damelo, Angel berkata mereka terus jatuh cinta ketika pertama kali mendengar lagu berkenaan.



Pertama kali dengar lagu ini kami terus jatuh cinta. Walaupun masa dengar itu lagu berkenaan masih dalam full bahasa Sepanyol, tapi kami love it.

Idea untuk hasilkan lagu ini juga mengambil masa setahun.

MV mencabar

Dolla Hadiahkan ‘Damelo’ Buat Peminat Sepanyol, Shooting MV Sampai ‘Sunburn’



Dalam pada itu, Syasya mendedakan proses merakam muzik video Damelo agak mencabar memandangkan mereka perlu berpanas seharian di bawah cahaya matahari yang terik.

Shooting muzik video memang sedikit mencabar, sebab cuaca sangat panas ketika itu. Kami shooting seharian di lokasi tersebut iaitu di kawasan padang pasir di sekitar Puncak Alam dan sebuah lokasi bengkel.

Kulit kami juga sunburn dan bekas sunburn itu masih ada walaupun dah sebulan, tak hilang-hilang.

Sementara itu, Tabby berharap peminat mereka dapat menerima baik lagu Damelo seperti mana lagu-lagu hits mereka sebelum ini.



Kami bermula dari bawah untuk mencipta nama sehingga dikenali pada hari ini. Harap peminat dapat terima Damelo dan terus sokong karya-karya kami.

Kami juga tidak pernah sangka setiap karya kami menerima sambutan baik dari peminat, termasuk dari Argentina, Brazil, United State dan lain-lain.

Damelo pada asalnya ditulis sepenuhnya dalam bahasa Sepanyol sebelum diolah ke dalam bahasa Melayu dan Inggeris oleh penyanyi rap wanita iaitu Sya serta diterbitkan oleh bintang hip hop, SonaOne.

Damelo sudah berada di semua platform digital bermula 28 Julai lalu, manakala muzik videonya boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Dolla Vevo pada 4 Ogos jam 9 malam



Dolla Hadiahkan ‘Damelo’ Buat Peminat Sepanyol, Shooting MV Sampai ‘Sunburn’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading