Pelajar PhD kena denda RM1,000 kes pegang belakang bahu wanita
Pelajar PhD kena denda RM1,000 kes pegang belakang bahu wanita
SEREMBAN: Seorang warga Somalia yang sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memegang belakang bahu wanita dalam lif.
Lelaki berkenaan, Yasin Abdi Alasow, 48, dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan ketika dihadapkan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli yang turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.
Yasin mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah dengan cara memegang belakang bahu kiri seorang wanita berusia 29 tahun dengan niat mendatangkan marah dalam lif apartmen di Nilai pada 7.05 petang, 31 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
RM1,000 kes pegang belakang bahu wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah PN Mentadbir Sekiranya Berkuasa?
- Pekong PN Semakin Terdedah Menjelang PN
- Zahid tempelak Annuar Musa , “Sekadar kisah lapuk”
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara