Lelaki hempas bayi 40 hari, lempar kanak-kanak dari tingkat satu ditahan

Lelaki hempas bayi 40 hari, lempar kanak-kanak dari tingkat satu ditahan

Lelaki hempas bayi 40 hari, lempar kanak-kanak dari tingkat satu ditahan
Lokasi kanak-kanak dicampak dari tingkat satu, manakala adiknya dihempas ke lantai oleh bapa saudara mereka, di sebuah pangsapuri di Sungai Pinang. – Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli

GEORGETOWN: Seorang lelaki ditahan selepas kerana disyaki cuba membunuh dua anak saudaranya di sebuah pangsapuri di Sungai Pinang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan melempar anak saudaranya yang berusia tiga tahun dari tingkat satu pangsapuri terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santon, berkata suspek turut bertindak menghempas anak saudaranya yang berusia 40 hari di lantai kediaman mereka.



Katanya, kanak-kanak berusia tiga tahun itu mengalami kecederaan di mulut dan patah kaki, manakala adik mangsa mengalami pendarahan otak dengan kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada dalam keadaan stabil.

“Ketika kejadian, suspek dalam keadaan tidak berpakaian dan cedera di pergelangan tangan kiri akibat dikelar oleh dirinya sendiri. Keluarga juga memaklumkan suspek mengalami gangguan mental sejak sebulan lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?




“Suspek yang tidak bekerja dan memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah sudah ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Daerah Timur Laut.

“Permohonan reman ke atas suspek juga dibenarkan selama tujuh hari sehingga Rabu depan, selain dia kini ditahan di HPP untuk rawatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.



Lelaki hempas bayi 40 hari, lempar kanak-kanak dari tingkat satu ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button