Polis Thailand mohon bantuan PDRM kesan pemilik gudang mercun

Polis Thailand mohon bantuan PDRM kesan pemilik gudang mercun

Polis Thailand mohon bantuan PDRM kesan pemilik gudang mercun
GAMBAR hiasan

Narathiwat: Polis Thailand memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan dua pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup dalam satu kejadian di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat, yang dipercayai telah melarikan diri ke Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Thailand Lt Jen Surachate Hakpar berkata polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua individu warga Thailand itu, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita berusia 42 tahun.

“Kami akan menghubungi Polis Diraja Malaysia untuk membantu mengesan kedua-dua pemilik gudang ini,” katanya.



Seramai 12 orang maut, manakala 300 cedera dalam insiden letupan di gudang penyimpanan mercun dan bunga api berkenaan pada 29 Julai lepas.

Sehingga kini, sembilan mangsa telah dikebumikan, manakala tiga lagi masih menunggu laporan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?




Statistik Pejabat Wilayah Narathiwat menunjukkan 681 premis termasuk rumah, kedai dan sekolah musnah dan mengalami kerosakan dalam insiden pada 3.05 petang (waktu tempatan).

Selain itu, 41 kenderaan dan 27 buah motosikal turut musnah dan lebih 3,000 penduduk dari 681 keluarga terjejas.

Sementara itu, Ketua Polis Narathiwat Mej Jen Anuruth Imarb berkata kedua-dua pemilik gudang sebelum ini telah memaklumkan kepada polis akan menyerah diri pada 1 Ogos, namun gagal berbuat demikian sebelum waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka.

Kedua-dua pemilik gudang itu menuju ke Hatyai pada 27 Julai lepas dan dilaporkan memasuki Malaysia melalui pintu sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam dua hari kemudian iaitu pada hari kejadian (29 Julai).



Polis Thailand mohon bantuan PDRM kesan pemilik gudang mercun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading