6 kilang terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh

6 kilang terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh

6 kilang terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh
Anggota bomba melakukan kerja pemadaman kebakaran kilang di Kampung Baru Sungai Buloh, hari ini. – Foto ihsan bomba

SHAH ALAM: Enam kilang pembuatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh, dekat sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.48 petang tadi.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Selayang, Damansara serta Rawang dikejarkan ke lokasi.



“Jentera pertama tiba pada jam 5 petang. Kebakaran membabitkan enam premis kilang pembuatan perabot.

“Kerja pemadaman sedang dijalankan pasukan bomba,” katanya sambil memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, setakat ini, dalam satu kenyataan.

6 kilang terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh
Anggota bomba melakukan kerja pemadaman kebakaran kilang di Kampung Baru Sungai Buloh, hari ini. – Foto ihsan bomba

Beberapa gambar dan rakaman video menunjukkan asap tebal dalam kejadian itu yang dikongsikan orang awam berada berhampiran lokasi, turut tular dalam media sosial.

6 kilang terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading