Wanita maut, lima cedera kereta terbabas tertusuk besi penghadang jalan

Wanita maut, lima cedera kereta terbabas tertusuk besi penghadang jalan

Wanita maut, lima cedera kereta terbabas tertusuk besi penghadang jalan
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan kereta yang terbabas sebelum tertusuk besi penghadang jalan, di kawasan Suai Jalan Pan-Borneo, petang tadi. NSTP/Erika George

MIRI: Seorang wanita maut, manakala lima lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan tertusuk besi penghadang jalan dalam kemalangan di kawasan Suai Jalan Pan-Borneo, petang tadi.

Impak yang cukup kuat dari rempuhan itu menyebabkan besi penghadang jalan berkenaan tertusuk hingga ke bahagian belakang kereta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie, dalam kenyataannya mengesahkan mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali Diana Tinsie Douglas berusia 20 tahun.

“Lima lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak turut mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dan dihantar ke klinik kesihatan berdekatan bagi diberikan rawatan lanjut,” katanya.



Katanya, sepasukan anggota dari BBP Batu Niah bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang.

Beliau berkata, pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut berada di lokasi kejadian.

Wanita maut, lima cedera kereta terbabas tertusuk besi penghadang jalan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button