Piala Malaysia: Sabah FC ‘sebelah kaki’ ke suku akhir
Piala Malaysia: Sabah FC ‘sebelah kaki’ ke suku akhir
PETALING JAYA – Pasukan Sabah FC mengesahkan status selaku pilihan untuk lolos ke suku akhir selepas menewaskan Kuching City 3-0 pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia sebentar tadi.
Pada saingan di Stadium Negeri, Kuching itu, skuad The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai oleh Ramon Machado, Darren Lok dan Stuart Wilkin.
Sementara itu, pasukan tuan rumah pula dibimbing buat kali pertama oleh pengendali import dari Singapura, Aidil Sharin Sahak.
Sabah tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila Ramon Machado menyumbat gol pembukaan seawal minit keempat sebelum penyerang dari Brazil itu menggandakan kelebihan berselang tiga minit kemudian.
Pasukan pelawat semakin ghairah memburu gol dan kini giliran pemain pertahanan, Daniel Ting mencetak gol nama selaku penjaring pada minit ke-15.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azmin Ali perlu dedah nama ketua Umno Gombak yang sokong PN
- Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara
Kelebihan 3-0 yang diraih menyaksikan Sabah seperti mengendurkan asakan dengan Kuching City pula dilihat agak sukar untuk memecah kebuntuan dengan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Skuad The Cats akan ke Stadium Likas, Kota Kinabalu, 19 Ogos depan untuk mengharungi aksi kedua menentang Sabah nanti. – KOSMO! ONLINE
Piala Malaysia: Sabah FC ‘sebelah kaki’ ke suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerana Politik Kenapa Hingga Tergamak Menunggang Nama Rasulullah SAW?
- Berjaya Land Saman Sanusi Atas Dakwaan Fitnah
- Hukuman Roger Ng tangguh, apa nasib Najib Razak?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu