CIMB perkenal cawangan dengan ciri-ciri kelestarian bersepadu
CIMB perkenal cawangan dengan ciri-ciri kelestarian bersepadu
PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan cawangan pertamanya dengan ciri-ciri kelestarian bersepadu di IOI City Towers @ IOI Resort City, Putrajaya iaitu sebuah bangunan hijau yang disahkan oleh Indeks Bangunan Hijau.
Cawangan berkenaan adalah yang pertama dari CIMB yang mengintegrasikan unsur-unsur mesra alam serta pendekatan sosial inklusif merentasi reka bentuk dan operasinya.
Sejajar dengan agenda kewangan lestari, CIMB akan mengambil pendekatan yang mengutamakan prinsip ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) dalam mempromosikan rangkaian penyelesaian perbankan konvensional dan Islamik di cawangan tersebut.
Tawaran yang disediakan termasuk pembiayaan rumah hijau, pembiayaan kenderaan elektrik (EV), pembiayaan panel solar, produk pengurusan kekayaan berasaskan ESG, pembiayaan bagi golongan B40 dan deposit berfokuskan alam sekitar.
Menurut CIMB, cawangan CIMB IOI City Mall dilengkapi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang telah disesuaikan untuk pengalaman perbankan yang lebih inklusif.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerana Politik Kenapa Hingga Tergamak Menunggang Nama Rasulullah SAW?
- Berjaya Land Saman Sanusi Atas Dakwaan Fitnah
- Hukuman Roger Ng tangguh, apa nasib Najib Razak?
“Antaranya termasuk laluan keutamaan ATM yang memudahkan akses bagi pelanggan berkeperluan khas, perkhidmatan kerusi roda serta kaunter rendah untuk transaksi di kaunter,” katanya dalam satu kenyataan.
CIMB komited untuk memastikan semua cawangannya di Malaysia dilengkapi kerusi roda menjelang tahun 2023 serta menambah bilangan cawangan yang boleh diakses sepenuhnya melalui tanjakan kerusi roda pada tahun 2024.
CIMB perkenal cawangan dengan ciri-ciri kelestarian bersepadu