Sabar Sungguh Rakyat Kelantan
Sabar Sungguh Rakyat Kelantan
Sudah lebih 3 dekad atau lebih tepat 33 tahun kerajaan PAS memerintah negeri Kelantan.
Dari era Allahyarham Nik Aziz selama 23 tahun dari tahun 1990 hingga 2013 dan kemudiannya digantikan dengan Ahmad Yakob selama 10 tahun dari 2013 hingga sekarang.
Apa yang rakyat Kelantan dapat selama 3 dekad berada di bawah pemerintahan PAS di Kelantan?
Jambatan Palekbang
Perancangan untuk membina Jambatan Palekbang yang akan menghubungi bandar Tumpat dan Kota Baru telah dirancang dan diumumkan sejak tahun 1996.
Malah batu asas pembinaan jambatan tersebut sudah pun ditanam pada tahun 1996.
Tetapi hingga ke hari ini, Jambatan Palekbang masih lagi tidak wujud.
Sekiaranya kita pergi melawat ke tapak cadangan pembinaan Jambatan Palekbang, yang ada hanyalah batu asas yang ditanam pada tahun 1996.
Benar, urusan pembinaan Jambatan Palekbang berada pada kerajaan pusat.
Tetapi selama 33 bulan mendapat kuasa memerintah di pusat (18 bulan era Muhyiddin dan 15 bulan era Ismail Sabri), Perikatan Nasional menguasai kabinet.
Mengapa projek Jambatan Pelakbang tidak diberikan keutamaan.
Bukankah Kelantan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional yang dikuasai PAS?
Kini, ketika berkempen dalam PRN Kelantan, projek Jambatan Palekbang kembali digula-gulakan kepada rakyat.
Atau apakah PAS menganggap Jambatan Palekbang itu hanya sebagai gula-gula politik kepada rakyat?
Hospital Patuh Syariah Wanita Kelantan
Pada tahun 2018, kerajaan PAS Kelantan mengumumkan akan membina Hospital Patuh Syariah Kelantan yang pertama.
Hospital tersebut akan dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Permodalan Kelantan Berhad (PKB).
Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar, berkata hospital tersebut yang berketinggian 8 tingkat boleh memuatkan 80 katil pesakit dengan selesa.
Mungkin ini yang Dr Mahathir maksudkan dengan bangunan pencakar langit di Kelantan…😜😜😜
Nik Amar mendakwa, hospital tersebut menelan belanja sebanyak RM100 juta akan dibina tanpa dana kerajaan pusat.
Majlis pecah tanah telah pun beliau sempurnakan pada 8 Mei 2018.
Tetapi sama seperti projek Jambatan Palekbang, hingga ke hari ini, sebatang besi cerucuk pun sudah ditanam bagi maksud pembinaan.
Dan seperti biasa, menjelang kempen PRN Kelantan, sekali lagi projek hospital tersebut menjadi gula-gula politik kepada rakyat Kelantan.
Sebenarnya apa yang penulis catatkan hanyalah sebahagian kecil dari kegagalan kerajaan PAS Kelantan di dalam pentadbiran.
@acik.mantera
Banyak lagi kalau hendak ditulis, tetapi sepertiyang dikatakan orang, biar video klip rakyat Kelantan yang berbicara.
@acik.mantera
Tetapi, satu perkara yang sangat penulis kagum, adalah kesetiaan pentaksub PAS yang tetap setia dengan pemimpin PAS yang banyak menipu.
Jangan terlalu banyak sangat makan gula-gula politik, takut nanti satu negeri kena kencing manis.
Sabar Sungguh Rakyat Kelantan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kerana Politik Kenapa Hingga Tergamak Menunggang Nama Rasulullah SAW?
- Berjaya Land Saman Sanusi Atas Dakwaan Fitnah
- Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara
Temui Kami: