Ayda Jebat Akui Fyna Mungkin Sedang Terganggu Emosi Disebabkan Penceraian Dengan Zainal Abidin

Tak Pasti Tahap Kritikal Adiknya

Ayda Jebat Akui Fyna Mungkin Sedang Terganggu Emosi Disebabkan Penceraian Dengan Zainal Abidin

Ayda Jebat Akui Fyna Mungkin Sedang Terganggu Emosi Disebabkan Penceraian Dengan Zainal Abidin
Ayda Jebat Akui Fyna Mungkin Sedang Terganggu Emosi Disebabkan Penceraian Dengan Zainal Abidin

Penyanyi Ayda Jebat tak menolak kemungkinan emosi adiknya, Fyna Jebat terganggu berikutan perceraiannya dengan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan , Datuk Zainal Abidin Hassan pada Mei lalu.

Mengakui sudah lama tidak berhubung dengan Fyna, Ayda atau nama sebenarnys Nur Suhada Jebat, 31, percaya adiknya itu mampu menyelesaikan sendiri kemelut peribadi yang dilaluinya.

Ayda Jebat Akui Fyna Mungkin Sedang Terganggu Emosi Disebabkan Penceraian Dengan Zainal Abidin



 

“Kali terakhir, kami berhubung pada tiga bulan lalu. Selepas itu, Fyna menghilangkan diri bila mesej dan panggilan telefon tidak dijawab.

“Dua bulan lalu Fyna cuba hubungi saya, tetapi tak sempat jawab. Ketika itu, saya sibuk dengan penggambaran dan memintanya hubungi saya semula pada waktu malam.

“Namun, Fyna terus senyap. Saya tak terkejut pun kerana itu memang cara Fyna, mungkin dalam tempoh bertenang. Fyna tak biasa dengan perhatian media dan warganet.



“Rasanya Fyna juga mungkin sedang cuba lari atau terima hakikat. Saya tak pasti dan tahu tahap kritikalnya. Kalau kritikal, dia akan cari saya. Jika tidak, dia okay,” katanya.

Ayda menambah, meskipun mempunyai pertalian darah, namun lebih selesa tidak mencampuri urusan peribadi Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29.

“Kalau boleh saya tak mahu masuk campur urusan peribadi. Dari segi karier, kalau nak suruh buat lagu, dia boleh datang kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Ayda mendedahkan, apa yang berlaku pada Fyna turut memberi kesan kepada keluarga mereka.



“Keluarga semestinya terkesan, terutama emak. Namun Fyna pilih jalan ini.

“Sebagai keluarga, kami terima apa sahaja jalan yang dipilih. Saya harap benda yang terjadi ini terbaik untuknya dan orang sekeliling yang terkesan dengannya,” ungkap penyanyi lagu Pencuri Hati dan Temberang ini.

Terdahulu, berita perceraian Fyna dan Zainal mula dihidu awal Mei lalu dan disahkan saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.

Kontroversi membabitkan Zainal dan Fyna timbul selepas didakwa berkahwin secara rahsia pada awal tahun ini.



Sekian lama mengunci mulut, Fyna akhirnya mengesahkan statusnya sebagai isteri Zainal dalam satu sidang media ketika menyertai sebuah program realiti pada 9 Januari lalu.

Bagaimanapun, Zainal berstatus suami orang dan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Datin Zalina Zaini pada 1980. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ayda Jebat Akui Fyna Mungkin Sedang Terganggu Emosi Disebabkan Penceraian Dengan Zainal Abidin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading