Liga Super: Dua gol Rolon bantu TRW tamatkan kemarau kemenangan

Liga Super: Dua gol Rolon bantu TRW tamatkan kemarau kemenangan

Liga Super: Dua gol Rolon bantu TRW tamatkan kemarau kemenangan
Rolon (kiri) meraikan jaringan keduanya pada perlawanan saingan Liga Super antara Kelantan FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kelantan FC menamatkan kemarau kemenangan apabila menewaskan Negeri Sembilan FC dengan jaringan 2-0 pada perlawanan saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kelantan FC membuka tirai jaringan seawal minit pertama apabila sepakan percuma diambil pemain sayap, Leonardo Rolon dari jarak lebih kurang 30 meter menerjah tepat ke dalam gawang pasukan pelawat.

Tersentak dengan jaringan awal itu, Negeri Sembilan FC cuba bangkit menggempur kubu The Red Warriors (TRW) yang turun selaku tuan rumah untuk mencari gol penyamaan.



Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasukan pelawat apabila rembatan jarak jauh Rolon pada jarak 25 meter menerjah tepat ke penjuru kanan gawang skuad Hobin Jang Hobin pada minit ke-30. Kedudukan 2-0 kekal sehingga ke wiset penamat perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Kelantan FC mencatatkan kemenangan kedua selepas 15 kekalahan sekali gus naik satu anak tangga pada kedudukan ke-13 saingan Liga Super manakala Negeri Sembilan FC pula kekal di tangga kesembilan carta liga. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Dua gol Rolon bantu TRW tamatkan kemarau kemenangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading